Ikan 3 Rasa Dgn Rempah Ikan Alo
Bahan-bahan
Seekor ikan siakap
- 3 biji bawang putih -
dicincang halus
- 5 biji bawang merah -
dicincang halus
- 8 biji cili padi - dicincang
halus (kalau suka pedas boleh gandakan cili )
- 1 biji tomato - dipotong dadu
- 2 kerat nenas - di potong
dadu
- 2 sudu cili boh
- 2 sudu sos tiram
- 3 sudu sos tomato
- 3 sudu sos cili
- 1 sudu kecil rempah ikan alo
- serbuk kunyit, garam, gula
& serbuk perasa
- Minyak
Cara-cara
- Ikan dibersihkan dan
dilumurkan dengan garam, serbuk kunyit, cili boh. Goreng ikan tersebut
sehingga garing. Angkat & toskan.
- Panaskan minyak di dalam
kuali lain dan masukkan bawang putih yg dicincang & goreng sehingga
separuh kekuningan. Kemudian masukkan bawang merah & goreng lagi
sehingga naik bau.
- Masukkan cili padi yg telah
dicincang tadi & goreng seketika.
- Masukkan tomato cincang, sos tomato, sos cili, sos
tiram, rempah alo, gula, garam, bahan perasa & sedikit air kalau tak
nak pekat.
Apabila sudah masak, tuang kuah tadi ke atas ikan dan
hiaskan dengan daun saderi, daun bawang
No comments:
Post a Comment