Monday, November 18, 2013

Bubur Asyura berempah Alo


Bahan-bahan:

1 kg beras
1 kg bawang besar( dikisar)
5 kpg gula melaka YG besar
gula secukup rasa
1 kg daging
1 ekor ayam [potong kecil]
2 kg santan
8 biji ubi keledek
or ubi Besar (Jika suka)
2 kerisik kecil
5 batang serai
5 cm halia ]
kunyit ] - dikisar
lengkuas ]
5 ulas bawang putih]
8 sudu besar rempah daging/ayam Alo
Garam secukup rasa

Hiasan
kelapa goreng
isi ikan hancurkan]
telur dadar [hiriskan]


Cara Membuat:

1. Masakkan beras, kacau, masukkan keledek,daging dan ayam sehingga lembut dan hancur.
2. masukkan bwang kisar, kacau ..
3. Masukkan dalam rebusan beras dan daging tadi.
4. Masukkan rempah, kerisik, santan. gula melaka, serai
5. Masukkan garam dan kacau sehingga rata dan masak pekat.
6. Tuangkan dalam loyang atau bekas kecil.
7. Sejukkan dan boleh dihidangkan


-Alo's recipe-

Monday, November 4, 2013

Ayam Goreng Kunyit berempah Alo



Bahan-bahan:

8 ketul ayam
1 sb rempah ayam Alo
3 sb serbuk bawang merah
3 sb serbuk bawang putih
4 sb serbuk kunyit
Sedikit garam


Cara-cara:

Gaul rata kesemua bahan. Boleh digoreng terus atau diperap seketika sebelum digoreng.


-Ecomelcollection's recipe-

Gulai kuning ikan masin




Bahan-bahan:

Ikan kurau masin (rendam dulu)
Bahan kisar
2 ulas bawang putih
2 ulas bawang merah
Cili padi
Kunyit hidup
Nenas - dihiris besar2 (atau nenas dlm tin)
Santan cair
Santan pekat
sedikit Rempah Ikan Alo
2 kpg Asam keping
Serai


Cara-cara: 

Masukkan kesemua bahan kisar,serai, asam keping, Rempah Alo, ikan kering dan santan cair...biarkan mendidih seketika.
Masukkan santan pekat.
perlahankan api supaya tak keluar minyak.
kacau perlahan sehingga masak.


-kamariah wahab's recipe-

Saturday, November 2, 2013

Paprik dgn Rempah Daging/ayam Alo






Bahan-bahan


ayam - dipotong kecil2
3 helai daun limau purut
2 ulas bwg merah - dihiris
3 ulas bwg putih - diketuk
1 labu bwg besar - dimayang
2 btg serai - dititik
1 sudu besar cili boh
2 biji buah tomato - dipotong 4
5 biji cili padi - ditumbuk
1 sudu kecil Rempah Alo
bunga kobis, kacang panjang, karot dan jagung muda, sedikit sos tomato, sos cili, sos tiram dan kicap manis, perasa, garam.


Cara-caranya:


Panaskan kuali. 
Masukkan cili boh, bahan2 yg dihirisi, gaulkan sekejap. 
masukkan rempah alo. 
masuk pula ayam, (agak2 sampai masak, jgn terlalu garing).

Masukkan sos tomato, sos cili, sos tiram dan kicap manis.
 Biarkan mendidih sekejap dan masukkan pula sedikit air. 
masukkan serai, daun limau purut dan sayur-sayuran.
Bila dah mendidih, masukkan bwg besar dan buah tomato. 
semasa menghidang, perahkan limau kasturi.

SELAMAT MENCUBA...