Friday, August 23, 2013

Kari Ikan Tenggiri Dgn Rempah Ikan Alo

Photo






Resepi Kari Ikan Tenggiri Rempah Ikan Alo


Bahan-bahannya:

3 keping tenggiri sederhana tebal
RM3 santan fresh
1 sudu kecil biji sawi (jika suka x suka x pyh letak)
1 sudu besar cili boh (nak merah letak lebih cili boh)
1 sudu besar Rempah Ikan Alo*
3 ulas bawang putih-diblender*
2 ulas bawang besar-diblender*
campur bahan bertanda * jadikan pes
Daun kari
1 sb asam jawa – ambil airnya
Garam/gula secukup rasa
Bendi, tomato dan lada besar
Bahan untuk menumis:
3 ulas bawang kecil*
1 ulas bawang putih*
3cm halia*

*kesemuanya dihiris

Cara-caranya:

Panaskan minyak dalam periuk atau kuali, tumiskan cili boh & biji sawi, daun kari dan bahan yang telah dihiris sehingga kekuningan. kacau hingga naik baunya kemudian masukkan bahan2 yg telah diblender, naik bau masukkan santan.Kacau seketika masukkan ikan dan bendi.Setelah ikan masak masukkan air asam jawa, garam, aji dan sedikit gula jika suka.Perlahan kan api, kacau seketika masukkan belahan tomata dan lada besar, tutup api siap untuk dihidangkan.

Wednesday, August 14, 2013

Kari Ayam - Rempah Daging/Ayam Alo






Bahan-bahan ( 6 org )


* Bahan dikisar halus *
2 sudu besar cili boh - utk menumis
2 biji lada besar merah - utk hiasan
5 ulas bawang merah } *
4 ulas bawang putih }*
2 cm halia }*
2 cm kunyit hidup }*
* Bahan dikisar sekali*

sebelah ayam di potong
1 labu bwg besar dimayang
4 sudu besar rempah Alo (Rempah Daging/Ayam)
 tumis rempah
1 sk biji sawi
2 1/2 cwn santan cair
1 cwn santan pekat
2 keping asam gelugor
5 tangkai daun kari
2 biji ubi kentang or
2 biji terong
minyak utk menumis
garam,gula melaka, or gula & serbuk perasa


Cara-cara

Panaskan minyak, tumis bawang besar hingga kekuningan & pastikan jgn sampai hangit.
Masukkan cili boh, biji sawi, daun kari, kacau biar sebati, setelah itu masukkan bahan2 yg dikisar serta rempah Alo. Tumis hingga wangi.
Masukkan ayam & ubi kentang. Gaulkan ayam & kentang hingga bergaul rata dgn rempah tumisan biarkan lebih kurang 10minit dgn api sederhana.
Masukkan garam,gula,serbuk perasa,asam gelugor serta santan cair. Tutup periuk dan didihkan hingga ayam lembut.
Apabila ayam sudah lembut,masukkan santan pekat. Kacau perlahan dan kecilkan api.
Dengan api kecil, masak lagi selama 10 minit. Siap

Monday, August 5, 2013

Nasi Minyak - Gulai Daging & Ayam Rempah Alo




Bahan-Bahan: 

1 kg daging lembu
1 senduk cili boh
1 cawan susu cair
6 ulas bawang merah }
5 ulas bawang putih} digiling
halia }
4 sudu besar tomota botol
sedikit bawang goreng

5 sudu besar serbuk rempah Alo
1 keping gula melaka
½ sudu makan gula pasir
½ senduk besar minyak masak
2 biji cili merah dan cili hijau (dibelah dua)
Asam keping, garam dan serbuk perasa secukup rasa


Cara:

Daging dibersihkan kemudian dipotong-potong dan toskan airnya. Panaskan minyak dalam periuk kemudian tumiskan cili boh, semua bahan yang dikisar hingga naik baunya. Masukkan rempah alo sambil dikacau hingga rata. Setelah itu masukkan daging dan ratakan. Masukkan susu cair, gula melaka, garam dan serbuk perasa, tomota dan bawang goreng secukupnya. Masukkan air jika pekat, apabila sebati masukkan cili hijau dan cili merah. Setelah daging empuk bolehlah diangkat.

*nak letak ubi kentang pun boleh.

Nasi Daging Berempah Alo - Resipi Kak Ma Mu




Bahan-bahan ( 5 orang ) 

1 kilo beras Basmathi
1/2 kilo daging
4 sudu besar rempah Alo
1 inci halia }
4 biji bawang merah } dikisar
3 biji bawang putih }
sedikit garam & Aji
sedikit kunyit } jika nak nasi kuning
(yg kak ma punya x ltk kunyit sbb tu putih)

Cara-cara

Rebus daging bersama rempah Alo, bahan kisar dan sedikit garam dan aji (jika suka)
Pastikan daging empuk. Simpan air rebusan daging untuk masak nasinya.
Basuh beras dan toskan.
Masukkan air rebusan daging. Kalau beras (disukat) satu mangkuk pastikan air rebusan juga satu mangkuk, bila mendidih baru masukkan beras.
Kacau dan biarkan nasi masak.
Hidangkan Nasi daging dengan air asam (tomato, bawang besar, hirisan cili merah, air asam pekat, perahan limau kasturi, sedikit belacan, garam dan gula sesedap rasa) dan daging yang telah direbus tadi.

Nasi terbalek rempah alo

Photo: Bahan2 utk nasi terbalek ayam.

Resipinya :-

Sptmana diatas. cuma kak ma tertinggal kunyit hidup, letak sedikit sahaja kunyit  sebesar bawang putih hak kecil.
Buah Tomato dibelah empat, limau sunkist diperah ambil airnya. kemudian masukkan kedalam periuk
yg berisi air dgn bahan kisar dan rempah alo.



setelah air dicampur semua bahan masukkan ayam kedalam air biar hingga ayam masak, setelah itu ambil airnya untuk memasak nasi. Jangan lupa letak garam & aji (x nak letak aji pun tak pe). Letak cili n susun ayam kat bawah, setelah itu masukkan buah badan, buah gajus, tutup sehingga nasi masak.



Setelah masak terbalikkan nasi tadi. Boleh dimakan dgn Dalca & Air asam jawa,