Tuesday, December 17, 2013

Alo's Honey Chicken Wings


Bahan2 perap:
1Sb minyak
3ulas bawang putih
2sbTomato sos
3sb Cili sos
1sb madu
1sk rempah alo
Kicap manis dan masin secukupnya(mungkin 4@5sb)
8 ketul sayap ayam

(Sebaiknya diperap semalaman)

Cara masak: bakar di dalam oven 190°C, 35min.

Sunday, December 15, 2013

Nasi lemak

Nasi lemak bilis berempah ikan Alo untuk hidangan tengahari. Hanya campurkan sedikit sahaja untuk membangkitkan aromanya. 

Saturday, December 7, 2013

Gulai Ayam Rempah Alo


- bahan kisar (bawang merah, bawang putih, halia dan kunyit)
- sebungkus santan
- cili kisar
- sesenduk rempah/4 sudu makan
- ayam


Selamat mencuba.

Monday, November 18, 2013

Bubur Asyura berempah Alo


Bahan-bahan:

1 kg beras
1 kg bawang besar( dikisar)
5 kpg gula melaka YG besar
gula secukup rasa
1 kg daging
1 ekor ayam [potong kecil]
2 kg santan
8 biji ubi keledek
or ubi Besar (Jika suka)
2 kerisik kecil
5 batang serai
5 cm halia ]
kunyit ] - dikisar
lengkuas ]
5 ulas bawang putih]
8 sudu besar rempah daging/ayam Alo
Garam secukup rasa

Hiasan
kelapa goreng
isi ikan hancurkan]
telur dadar [hiriskan]


Cara Membuat:

1. Masakkan beras, kacau, masukkan keledek,daging dan ayam sehingga lembut dan hancur.
2. masukkan bwang kisar, kacau ..
3. Masukkan dalam rebusan beras dan daging tadi.
4. Masukkan rempah, kerisik, santan. gula melaka, serai
5. Masukkan garam dan kacau sehingga rata dan masak pekat.
6. Tuangkan dalam loyang atau bekas kecil.
7. Sejukkan dan boleh dihidangkan


-Alo's recipe-

Monday, November 4, 2013

Ayam Goreng Kunyit berempah Alo



Bahan-bahan:

8 ketul ayam
1 sb rempah ayam Alo
3 sb serbuk bawang merah
3 sb serbuk bawang putih
4 sb serbuk kunyit
Sedikit garam


Cara-cara:

Gaul rata kesemua bahan. Boleh digoreng terus atau diperap seketika sebelum digoreng.


-Ecomelcollection's recipe-

Gulai kuning ikan masin




Bahan-bahan:

Ikan kurau masin (rendam dulu)
Bahan kisar
2 ulas bawang putih
2 ulas bawang merah
Cili padi
Kunyit hidup
Nenas - dihiris besar2 (atau nenas dlm tin)
Santan cair
Santan pekat
sedikit Rempah Ikan Alo
2 kpg Asam keping
Serai


Cara-cara: 

Masukkan kesemua bahan kisar,serai, asam keping, Rempah Alo, ikan kering dan santan cair...biarkan mendidih seketika.
Masukkan santan pekat.
perlahankan api supaya tak keluar minyak.
kacau perlahan sehingga masak.


-kamariah wahab's recipe-

Saturday, November 2, 2013

Paprik dgn Rempah Daging/ayam Alo






Bahan-bahan


ayam - dipotong kecil2
3 helai daun limau purut
2 ulas bwg merah - dihiris
3 ulas bwg putih - diketuk
1 labu bwg besar - dimayang
2 btg serai - dititik
1 sudu besar cili boh
2 biji buah tomato - dipotong 4
5 biji cili padi - ditumbuk
1 sudu kecil Rempah Alo
bunga kobis, kacang panjang, karot dan jagung muda, sedikit sos tomato, sos cili, sos tiram dan kicap manis, perasa, garam.


Cara-caranya:


Panaskan kuali. 
Masukkan cili boh, bahan2 yg dihirisi, gaulkan sekejap. 
masukkan rempah alo. 
masuk pula ayam, (agak2 sampai masak, jgn terlalu garing).

Masukkan sos tomato, sos cili, sos tiram dan kicap manis.
 Biarkan mendidih sekejap dan masukkan pula sedikit air. 
masukkan serai, daun limau purut dan sayur-sayuran.
Bila dah mendidih, masukkan bwg besar dan buah tomato. 
semasa menghidang, perahkan limau kasturi.

SELAMAT MENCUBA...


Tuesday, October 22, 2013

Burger Daging Rempah Alo



Bahan-bahan:

500g Daging cincang
2 biji bawang dicincang halus
2 sb serbuk cili (jika mahu pedas)
2 sb rempah alo
2 sb serbuk lada hitam
4 sb breadcrumbs
1 biji telur
2 sb minyak masak

Cara-cara:

1. Gaulkan kesemuanya sehingga sebati (boleh guna food processor jika ada).
2. Bentukkan sejumlah daging menjadi bulat kemudian dileperkan seperti gambar di atas.
3. boleh dimasak terus atau selebihnya disejukbekukan.


-Ecomel's Recipe-

Friday, August 23, 2013

Kari Ikan Tenggiri Dgn Rempah Ikan Alo

Photo






Resepi Kari Ikan Tenggiri Rempah Ikan Alo


Bahan-bahannya:

3 keping tenggiri sederhana tebal
RM3 santan fresh
1 sudu kecil biji sawi (jika suka x suka x pyh letak)
1 sudu besar cili boh (nak merah letak lebih cili boh)
1 sudu besar Rempah Ikan Alo*
3 ulas bawang putih-diblender*
2 ulas bawang besar-diblender*
campur bahan bertanda * jadikan pes
Daun kari
1 sb asam jawa – ambil airnya
Garam/gula secukup rasa
Bendi, tomato dan lada besar
Bahan untuk menumis:
3 ulas bawang kecil*
1 ulas bawang putih*
3cm halia*

*kesemuanya dihiris

Cara-caranya:

Panaskan minyak dalam periuk atau kuali, tumiskan cili boh & biji sawi, daun kari dan bahan yang telah dihiris sehingga kekuningan. kacau hingga naik baunya kemudian masukkan bahan2 yg telah diblender, naik bau masukkan santan.Kacau seketika masukkan ikan dan bendi.Setelah ikan masak masukkan air asam jawa, garam, aji dan sedikit gula jika suka.Perlahan kan api, kacau seketika masukkan belahan tomata dan lada besar, tutup api siap untuk dihidangkan.

Wednesday, August 14, 2013

Kari Ayam - Rempah Daging/Ayam Alo






Bahan-bahan ( 6 org )


* Bahan dikisar halus *
2 sudu besar cili boh - utk menumis
2 biji lada besar merah - utk hiasan
5 ulas bawang merah } *
4 ulas bawang putih }*
2 cm halia }*
2 cm kunyit hidup }*
* Bahan dikisar sekali*

sebelah ayam di potong
1 labu bwg besar dimayang
4 sudu besar rempah Alo (Rempah Daging/Ayam)
 tumis rempah
1 sk biji sawi
2 1/2 cwn santan cair
1 cwn santan pekat
2 keping asam gelugor
5 tangkai daun kari
2 biji ubi kentang or
2 biji terong
minyak utk menumis
garam,gula melaka, or gula & serbuk perasa


Cara-cara

Panaskan minyak, tumis bawang besar hingga kekuningan & pastikan jgn sampai hangit.
Masukkan cili boh, biji sawi, daun kari, kacau biar sebati, setelah itu masukkan bahan2 yg dikisar serta rempah Alo. Tumis hingga wangi.
Masukkan ayam & ubi kentang. Gaulkan ayam & kentang hingga bergaul rata dgn rempah tumisan biarkan lebih kurang 10minit dgn api sederhana.
Masukkan garam,gula,serbuk perasa,asam gelugor serta santan cair. Tutup periuk dan didihkan hingga ayam lembut.
Apabila ayam sudah lembut,masukkan santan pekat. Kacau perlahan dan kecilkan api.
Dengan api kecil, masak lagi selama 10 minit. Siap

Monday, August 5, 2013

Nasi Minyak - Gulai Daging & Ayam Rempah Alo




Bahan-Bahan: 

1 kg daging lembu
1 senduk cili boh
1 cawan susu cair
6 ulas bawang merah }
5 ulas bawang putih} digiling
halia }
4 sudu besar tomota botol
sedikit bawang goreng

5 sudu besar serbuk rempah Alo
1 keping gula melaka
½ sudu makan gula pasir
½ senduk besar minyak masak
2 biji cili merah dan cili hijau (dibelah dua)
Asam keping, garam dan serbuk perasa secukup rasa


Cara:

Daging dibersihkan kemudian dipotong-potong dan toskan airnya. Panaskan minyak dalam periuk kemudian tumiskan cili boh, semua bahan yang dikisar hingga naik baunya. Masukkan rempah alo sambil dikacau hingga rata. Setelah itu masukkan daging dan ratakan. Masukkan susu cair, gula melaka, garam dan serbuk perasa, tomota dan bawang goreng secukupnya. Masukkan air jika pekat, apabila sebati masukkan cili hijau dan cili merah. Setelah daging empuk bolehlah diangkat.

*nak letak ubi kentang pun boleh.

Nasi Daging Berempah Alo - Resipi Kak Ma Mu




Bahan-bahan ( 5 orang ) 

1 kilo beras Basmathi
1/2 kilo daging
4 sudu besar rempah Alo
1 inci halia }
4 biji bawang merah } dikisar
3 biji bawang putih }
sedikit garam & Aji
sedikit kunyit } jika nak nasi kuning
(yg kak ma punya x ltk kunyit sbb tu putih)

Cara-cara

Rebus daging bersama rempah Alo, bahan kisar dan sedikit garam dan aji (jika suka)
Pastikan daging empuk. Simpan air rebusan daging untuk masak nasinya.
Basuh beras dan toskan.
Masukkan air rebusan daging. Kalau beras (disukat) satu mangkuk pastikan air rebusan juga satu mangkuk, bila mendidih baru masukkan beras.
Kacau dan biarkan nasi masak.
Hidangkan Nasi daging dengan air asam (tomato, bawang besar, hirisan cili merah, air asam pekat, perahan limau kasturi, sedikit belacan, garam dan gula sesedap rasa) dan daging yang telah direbus tadi.

Nasi terbalek rempah alo

Photo: Bahan2 utk nasi terbalek ayam.

Resipinya :-

Sptmana diatas. cuma kak ma tertinggal kunyit hidup, letak sedikit sahaja kunyit  sebesar bawang putih hak kecil.
Buah Tomato dibelah empat, limau sunkist diperah ambil airnya. kemudian masukkan kedalam periuk
yg berisi air dgn bahan kisar dan rempah alo.



setelah air dicampur semua bahan masukkan ayam kedalam air biar hingga ayam masak, setelah itu ambil airnya untuk memasak nasi. Jangan lupa letak garam & aji (x nak letak aji pun tak pe). Letak cili n susun ayam kat bawah, setelah itu masukkan buah badan, buah gajus, tutup sehingga nasi masak.



Setelah masak terbalikkan nasi tadi. Boleh dimakan dgn Dalca & Air asam jawa,




Tuesday, March 12, 2013

Bubur Nasi with Rempah Alo



Bahan2 utk menumis...



Ayam yg telah dipotong kecil2.



1sudu kecil rempah alo (rempah daging)



Tumis bahan2 yg dihiris lepas tu masukkan ayam gaul letak 1 sudu kecil rempah daging alo...letak garam dan perasa jika suka.. kak ma letak kicap sikit, tp kalau tak nak letak pun tak apa dia akan jadi putih, so bubur ayam putihlah...



Letak semua bahan2 yg telah di goreng kedalam periuk nasi bersama sayur2an.



Dah siap, boleh letak bawang goreng, daun bawang, nak pedas boleh letak cili padi..
siap untuk dimakan.

Sunday, March 3, 2013

Ikan 3 Rasa Dgn Rempah Ikan Alo





 

 


 

Bahan-bahan

Seekor ikan siakap

  • 3 biji bawang putih - dicincang halus
  • 5 biji bawang merah - dicincang halus
  • 8 biji cili padi - dicincang halus (kalau suka pedas boleh gandakan cili )
  • 1 biji tomato - dipotong dadu
  • 2 kerat nenas - di potong dadu
  • 2 sudu cili boh
  • 2 sudu sos tiram
  • 3 sudu sos tomato
  • 3 sudu sos cili
  • 1 sudu kecil rempah ikan alo
  • serbuk kunyit, garam, gula & serbuk perasa
  • Minyak

Cara-cara

  1. Ikan dibersihkan dan dilumurkan dengan garam, serbuk kunyit, cili boh. Goreng ikan tersebut sehingga garing. Angkat & toskan.
  2. Panaskan minyak di dalam kuali lain dan masukkan bawang putih yg dicincang & goreng sehingga separuh kekuningan. Kemudian masukkan bawang merah & goreng lagi sehingga naik bau.
  3. Masukkan cili padi yg telah dicincang tadi & goreng seketika. 
  4. Masukkan tomato cincang, sos tomato, sos cili, sos tiram, rempah alo, gula, garam, bahan perasa & sedikit air kalau tak nak pekat.
Apabila sudah masak, tuang kuah tadi ke atas ikan dan hiaskan dengan daun saderi, daun bawang 


Saturday, March 2, 2013

Asam pedas dgn Menggunakan Rempah Ikan Alo

Sardin dgn Rempah Ikan Alo

Kari Ikan dgn Rempah Ikan Alo


 
1 ekor ikan merah, dibersihkan dan potong ikut suka
2 biji bawang besar*
3 ulas bawang putih*
1/2 inci halia*
3 biji cili merah*(*dikisar halus)
1 camca besar rempah ikan alo
BAHAN2 TUMIS:-
2 ulas bawang putih, dihiris halus (kalau besar guna 1 ulas saja)
4 biji bawang merah kecil, dihiris halus
2 tangkai daun kari
BAHAN2 LAIN:-
2 keping asam gelugor
2 biji terung. dipotong dan goreng separuh masak
3 biji tomato, dibelah dua
1/2 cawan pati santan (guna santan kotak)
Garam, gula dan serbuk perasa (jika suka)
2 biji cili merah/hijau, dibelah dua, jgn putus

Cara-cara

Bersihkan ikan, perap dgn asam limau dan garam, cuci bersih dan toskan. Satukan rempah ikan alo dan juga bahan2 yg telah dikisar tadi. Gaul rata.
Panaskan 1/2 cawan minyak dalam periuk, tumis bahan2 tumis hingga wangi. Masukkan rempah yg telah dibancuh tadi dan masak hingga terbit minyak. Gunakan api perlahan.
Masukkan air (kurang lebih 700ml, atau ikut suka), dan kacau. Biar hingga mendidih. Masukkan ikan, asam gelugor dan perasakan dgn garam, gula dan serbuk perasa jika suka.
Bila mendidih, masukkan pati santan, terung, tomato dan belahan cili hijau dan merah. Biar mendidih seminit dua. Matikan api dan boleh dihidangkan panas2.

Kari Kepala Ikan Salmon dgn Rempah Ikan Alo


 
• 500 gm ikan salmon (atau ikan lain)
• 1 biji bawang besar- dikisar
• 2 ulas bawang putih- dikisar
• 4 biji bawang merah-dihiris
• daun kari
• sedikit air asam jawa
• 2 sudu besar rempah ikan Alo
• 1 cawan santan pekat
• 2 cawan air
• garam & gula
1. Campurkan bahan kisar, santan pekat, ikan dan garam dalam mangkuk.
2. Tumiskan bawang merah dan daun kari sehingga wangi.
3. Masukkan campuran santan tadi bersama rempah alo dan kacau lagi. Kacau sekali skala dan tunggu hingga pecah minyak.
4. Masukkan ikan, air, air asam jawa dan gula. Kalau kuah agak pekat, boleh tambah air lagi.
5. Ejas rasa masam, masin dan manis ikut selera masing2.
6. Masak hingga kuah agak pekat. Siap

Ikan Panggang dgn Rempah Alo

Otak berempah Alo -semua jenis boleh masak.

Gulai Ikan Tongkol Nasi Dagang Trg Dgn Rempah Ikan Alo







3 Cawan Beras Siam
1 Cawan Beras Pulut
2 Cawan Santan Cair
2 Cawan Santan Pekat
4 Ulas Bawang Merah(dihiris halus)
1 Inci Halia(dihiris halus)
Sedikit Alba

Garam Secukup RasaBahan-Bahan Untuk Membuat Kuah Nasi Dagang Terengganu

1 Ekor Ikan Tongkol(dikukus)jgn byk garam nanti masin.
1 Mangkuk Santan
5 Sudu Besar Rempah ikan alo..
10 Ulas Bawang Merah}
4 Ulas Bawang Putih }
½ Inci Halia } Dikisar
½ Inci Lengkuas }
3 Keping Asam
1 bekas kecil nyiur gula (beli dikedai)
5 Sudu Besar Cili boh
Sedikit Cili Padi
Garam,Perasa Ajinomoto dan Manisan(Gula Melaka) Secukup Rasa

Cara:

Cara-cara Membuat Nasi Dagang:

Beras dan beras pulut yang telah direndam selama 6 jam ditoskan dan kemudian dikukus selama 1/2 jam.Angkat dan masukkan santan cair serta digaul rata dan dikukus sekali lagi hingga masak.Angkat dan masukkan santan pekat,alba,bawang merah,halia dan garam secukup rasa.Bahan-bahan ini kemudiannya digaul rata.Nasi Dagang Terengganu sudah siap dimasak dan sedia dimakan.

Cara-cara Membuat Kuah Nasi Dagang Terengganu:

Kacau santan hingga mendidih.Kemudian masukkan cili boh,bahan-bahan yang dikisar,rempah dan asam keping.Kemudian,masukkan ikan yang telah dikukus, .Biarkan ia mendidih dengan api yang perlahan.Kemudian,masukkan garam,perasa Ajinomoto dan manisan secukup rasa.Biarkan kuah itu menjadi agak pekat.Kemudian,kuah sedia dimakan bersama-sama dengan Nasi Dagang Terengganu

Cadangan Hidangan:Hidangan ini boleh dihidangkan untuk 8 orangTambahan:1.Lebih menyelerakan dimakan bersama dengan acar timun
2.Bagi mereka yang tidak makan ikan tongkol,mereka boleh menggantikan ikan kembung
3.Gulai ayam dan gulai daging juga boleh dimakan bersama-sama dengan Nasi Dagang Terengganu

Ikan Percik dgn Rempah Ikan Alo



Ikan Percik 

Bahan-bahan (5-6 orang)

5-6 ekor ikan kembung
4 cawan santan
7 ulas bawang merah – dikisar
1 ulas bawang putih – dikisar
1 inci halia – dikisar
Sedikit kunyit hidup – dikisar
2 sudu besar cili kisar
1/2 sudu kecil belacan
1 sudu kecil asam jawa
3 batang serai – diketuk
1 sudu besar rempah ikan alo
Garam dan gula
Kunyit dan garam – untuk dilumur pada ikan

Cara-cara

Panggang atau bakar ikan yang telah dilumur dengan kunyit dan garam sehingga masak.
Panaskan periuk atau kuali (tanpa minyak), kemudian masukkan santan, bawang merah, bawang putih, halia, kunyit hidup, cili kisar, belacan, asam jawa dan serai. Kacau sehingga sekata.
Apabila mendidih, masukkan REMPAH IKAN ALO. Masak sehingga kuah menjadi pekat.
Masukkan garam dan gula secukup rasa.
Apabila siap, curahkan kuah percik ke atas ikan

Laksa Kuah Merah Trg dgn Rempah Ikan Alo








Ulam2man




 Laksa Terengganu Kuah Merah
Bahan-bahan
1 kg laksa biasa [rebus sehingga lembut dan toskan]
Kalau di terengganu beli laksa kebok

Bahan Ulaman [hiris halus]
1 kuntum bunga kantan
150 gm kacang panjang
100 gm taugeh
200 gm kubis bulat
100 gm timun
50 gm daun kemangi/selasih

Sambal belacan:
100 gm cili merah
20 gm belacan [ dibakar wangi]
garam

Tumbuk cili merah bersama belacan hingga lumat.

Bahan utk kuah:
600 gm ikan selayang
1500 ml santan [1 biji kelapa]
1 keping gula melaka
1 Kerisik bekas kecil
6 sudu besar rempah ikan alo
3 keping asam keping
80 ml minyak masak utk menumis
garam secukup rasa
perasa aji (jika tak suka jgn letak)
8 sudu besar cili boh


Bahan2 mesin
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
2 cm halia
2 cm lengkuas

Cara membuat:
1. Ikan di rebus kemudian dibuang tulang dan dikisar halus.
2. Panaskan minyak dan tumiskan bahan mesin sehingga wangi dan naik minyak.
3. masukkan santan, asam keping, isi ikan, garam, perasa, kerisik dan gula melaka.
4. masakkan kan sehingga kuah naik minyak dan sederhana pekat serta bangkit baunya.
5. Hidangkan laksa bersama kuah, ulaman dan sambal belacan

Ikan Bakar dgn Rempah Ikan Alo



 Ikan bakar dgn rempah alo.. bahan2nya , bawang merah, halia, bawang putih, serai semua di kisar.. 2 sudu besar rempah ikan alo dan 2 sudu besar cili boh.


  
daun kesum, bunga kantan, sediki belacan, gula melaka, air asam jawa dan air
 



 
letak minyak dlm kuali, letak cili boh, kacau rata2 lepas tu masukkan bahan2 yg dikisar, bersama-sama dgn rempah alo,kacau rata2 lepas tu masukkan air asam jawa, air, garam, aji dan gula ikut rasa..lepas tu letak daun kesum, bunga kantan, kacau bila pekat tutup api.
 

 


Resepi ikan bakar :

Bahan-bahan :

• 1 ekor ikan siakap (dibersihkan)
• 1 helai daun kunyit (diracik/dihiris halus)
• daun kesum (dibuang satu2)

Bahan-Bahan Dikisar Bersama :
• 3 biji bawang merah
• 2 ulas bawang putih
• 1 batang serai
• 3 kelopak bunga kantan (dihiris terlebih dahulu)
• 1 sudu makan cili kisar (boleh ganti dengan cili api jika suka)
• 1 or 2 sudu besar rempah ikan alo
• 3 sudu makan air asam jawa
• sedikit belacan bakar
• 1 inci halia
• 1/2 inci lengkuas
• Gula melaka, or gula pasir dan garam secukupnya
• sedikit air

Cara-cara :

1. Panaskan minyak secukupnya di dalam kuali. Tumis bahan-bahan kisar hingga terbit bau. Tutupkan api.
2. Sementara itu, sediakan kertas foil dan dulang pembakar. Letakkan ikan di tengah-tengah kertas foil. Tuangkan kesemua perencah tadi di atasnya. Taburkan hirisan daun limau purut dan daun kunyit dan balut dengan kemas. Perapkan sebentar lebih kurang 15 minit.
3. Kemudian bakar ikan sehingga masak