Friday, March 1, 2013

Mee Kuah Berempah Alo






 

Mee Jawa with Rempah Alo



 
Bahan-Bahan:
1 kg mee kuning (dicelur)
1/2 kg. daging [rebus lembut dan hiris nipis]
300 gm tauge (buangkan kakinya)
2 tangkai daun bawang (dihiris)
5 biji cili merah (dihiris)
3 keping tauhu goreng (dihiris nipis)
3 biji telur rebus (dibelah)
3 biji limau nipis (dibelah)
Sedikit bawang goreng

Bahan Kuah:
1/2 kg keledek (direbus & dikisar)
3 ulas bawang putih ]
5 ulas bawang merah ]
3 batang serai ] mesin halus
Sedikit halia ]
sedikit lengkuas ]
100 gm udang kering ]
2 s/b cili kisar
2 s/b rempah daging alo
air rebusan daging
Sedikit garam
Sedikit minyak masak
Sedikit gula

Caranya:
1. Panaskan minyak masak dalam periuk. Tumiskan bahan yang dimesin, rempah & cili kisar hingga garing.
2. Masukkan keledek. Tambahkan air rebusan daging mengikut kepekatan yang diinginkan.
3. Akhir sekali, masukkan garam & gula. Biarkan hingga kuah mendidih.
4. Angkat dan hidangkan dgn bahan yg dihiris.

spaghetti.dgn Rempah Alo






Bahan-Bahan:
1 paket spagetti

1 tiub daging / ayam cincang (Ramly)


1 tin tomato puri (medium)

1 ½ senduk minyak masak (the best letak olive oil)

1 tin mushroom button (potong nipis / kiub)

1 biji cili benggala hijau (potong kiub)


1 senduk sos tomato
1 senduk sos cili


2 senduk cili blender (cili kering, bawang merah & bawang putih ‘blend’ dulu)

2 biji tomato (potong kiub)

2 batang carrot (potong nipis / kiub)

sudu besar rempah alo.
 
Garam (secukup rasa)

Gula (secukup rasa)

Serbuk lada hitam (secukup rasa)

Air (Adjust kepekatan dia)
Cara:
1. Panaskan air (1/2 periuk), tambah sedikit minyak masak (1 sudu besa) dan garam (1 scoop kecil).
2. Bila air mendidih masukkan spaghetti.
3. Angkat spaghetti bila dah agak kembang.
4. Panaskan minyak masak (1 1/2 senduk tadi).-
5. Tumis cili blender sampai masak.
6. Masukkan daging / ayam cincang tadi (gaulkan biar dia agak masak)
7. Masukkan tomato puri, rempah alo dan air (to be adjusted), biarkan mendidih.
8. Bila mendidih masukkan carrot, mushroom dan tomato kiub.
9. Masukkan cili benggala dan bunga kubis, biarkan mendidih.
10. Tambah serbuk lada hitam, sos worcheister (if ada) garam dan gula secukup rasa.

Inti Karipap dgn Rempah Alo




 

•• Bahan2 Untuk Intinya :-
• bawang besar
• cili boh / cili kering yg telah di kisar.
• Kentang ( Di potong dadu dan rebus hingga separuh masak
• Rempah Ikan Alo (kalau nak letak ikan)
• REmpah Daging Alo (kalau nak letak daging)
• Sedikit Garam, Perasa & Gula.
• Bahan2 Untuk Kulit:-
• Tepung gandum
• Air
• Minyak masak yang telah di panaskan.
Cara-cara
1. Cara- cara membuat kulit.
2. Tepung gandum dan minyak masak di adun sebati.Masukkan air sedikit demi sedikit
3. Uli adunan hingga sebati ( tepung tak melekat kat tangan )Jika masih melekat boleh tambah tepung.
4. Bulat2kan adunan.
5. Cara – cara membuat Intinya.
6. Tumis bawang besar hingga masak.Masukkan cili boh. Gaul rata.
7. Masukkan rempah alo mengikut jenis (ayam or ikan) .Bila dah naik minyak, masukkan garam, perasa & gula.
8. Kemudian masukkan kentang. Gaul kentang hingga rempah menyelaputi kentang tersebut
9. Kemudian Gaul rata.Tunggu hingga airnya kering dan bolehlah di tutup apinya. Biar sejuk.
10. Masukkan inti kedlm adunan dan di kelim.Bolehlah di goreng.
11. * Goreng dgn minyak sederhana panas, so that karipap tak berjerawat.. hahahaha

Sup Bebola dan Sayur2an dgn Rempah Alo

Photo: SUP BEBOLA DAN SAYUR2AN BUAT PEMINUM SD2... JOM PAKAT CUBA DGN MENGGUNAKAN REMPAH ALO... MMG BEST, sapa2 yg belum beli tu beli lah cuba, memang best...
Cara pembelian REMPAH ALO secara poslaju:
1. Order melalui facebook  sms (IBM : 017 9096550)
2. Bank in duit ke Maybank  atas nama Kamariah bt Abdul Wahab (No akaun:163055016786  )
3. Selepas bank in, terus sms nama penuh, alamat & kuantiti kepada saya di 017 9096550..
4. Setelah transaksi dikenalpasti, saya akan poslajukan Rempah Alo dengan segera.
5. Setelah Rempah Alo anda diposlajukan, saya akan maklumkan kepada pembeli melalui sms atau emel..

Area KERTEH - Kak Ma MU sendiri - 017 9096550
Area KERTEH/PAKA - Pn Suzana - 019 9477978
Area Telok Panglima Garang Selangor - Pn Nurul Hafzan - 012 6134039
Area Padang Midin Terengganu - Datok A - 013464896 or Kak NA - 019 9548342 
Area Terengganu - Hj Abd Mubim - 019 9191957 or Kak Gee - 017 9891073
Area Petaling jaya – 018 2543985  Faizahtul Suhailah

 SUP BEBOLA DAN SAYUR2AN BUAT PEMINUM SD2... JOM PAKAT CUBA DGN MENGGUNAKAN REMPAH ALO... MMG BEST

Mee Maggi dgn Rempah Daging Alo








RESIPINYA:-

3 Bungkus Maggi
2 biji bawang putih - diketuk
1 sudu besar rempah daging alo
3 biji telor - 2 biji pecah sebiji2, 1 biji kacau rata2
2 bungkus rempah Maggi (still guna tp buang 1)
1 biji limau nipis
5 biji cili padi (kalau yg suka pedas)

Caranya :

Masukkan air kedalam periuk bersama rempah alo dan bawang putih, kacau, bila mendidih pecahkan 2 biji telor sebiji2, 1biji kacau biar dia rata dlm air, lepas tu masukkan rempah maggi kari bersama Maggi,kacau bila hampir nak masak masukkan sawi kedalam.. simple je...