Friday, March 1, 2013

Goreng daging dgn Rempah Daging Alo




 Masak goreng daging dgn Rempah daging Alo...oleh pengusaha kantin.

Ayam Masak Merah dgn Rempah Daging Alo


 Masak merah ayam dgn Rempah daging Alo dimasak oleh Pengusaha kantin.

Gulai Ayam dgn Rempah Daging/Ayam Alo



 Gulai Ayam dgn Rempah daging alo yg dimasak oleh Pengusaha Kantin.

Nasi Beriani dgn Rempah Daging Alo



BAHAN-BAHAN:

4 cawan beras basmathi
4 cawan air
1 cawan susu cair
3 helai daun pandan - disimpul & ikat
100 gm kismis
100 gajus - digoreng
5 sudu besar minyak sapi untuk menumis
Garam secukup rasa
Daun sup dan bawang goreng untuk hiasan

BAHAN TUMISAN DIKISAR :

6 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
4 cm halia


REMPAH TUMISAN :

3 sudu besar REMPAH ALO

CARA MEMASAK :

Kupas semua bawang dan halia serta dipotong dan semuanya dikisar sehingga halus . Basuh beras dan rendam beras selama 30 minit ke 1 jam kemudian ditos ketepi kan dulu , goreng buah gajus ditos dan ketepikan .

Periuk nasi di letakkan atas dapur dulu untuk menumis semua bahan-bahan . Panaskan semua minyak sapi dalam periuk nasi kemudian tumis semua bahan tumisan yg dikisar dan biar sampai bawang masak kekuningan . Masukkan rempah dan biar sampai rempah masak menjadi wangi .

Kemudian masukkan semua air dan susu cair , daun pandan serta biarkan sampai mendidih dan boleh la dimasukkan semua beras , garam secukup rasa dan kacau bagi mesra semua bahan-bahan . Terus angkat periuk nasi ini dan masukkan ke dalam badan periuk nasi untuk proses masak seterusnya macam kita masak nasi biasa guna eletrik . Bila nasi dah masak boleh la di gaul perlahan-lahan nasi dan dimasukkan semua kismis dgn buah gajus serta dikacau rata kemudian boleh la ditutup suis periuk nasi ini .

Nasi Kari Berdaging dgn Rempah Alo & Dalca

Photo: Resipi Nasi Kari Berdaging
• 1 kg beras dan air ikut sukatan beras
• 200g daging (dihiris nipis)
• 3 sudu besar REMPAH DAGING ALO
• 1 tangkai daun kari
• air dan garam
• bhn hiris: 1 biji tomato, 1 cm halia, 5 bj bwg merah, 3 ulas bwg putih dan 1 biji bwg besar
1. tumis bahan yg dihiris. Kemudian masukkan rempah,  yg telah dibancuh dgn air. Kacau lagi sampai naik bau bersama daun kari.
2. Masukkan daging dan masak sampai empuk.
3. masukkan bhn tumis ke dalam periuk nasi yg telah disukat airnya.Masak nasi macam biasa.
4. tips: sedap juga kalau dimkn dgn telur rebus yg digoreng. Nk spesel lagi, perap sekejap telur rebus dgn sedikit bhn hiris sebelum digoreng atau makan dgn dalca

 Resipi Nasi Kari Berdaging
• 1 kg beras dan air ikut sukatan beras
• 200g daging (dihiris nipis)
• 3 sudu besar REMPAH DAGING ALO
• 1 tangkai daun kari
• air dan garam
• bhn hiris: 1 biji tomato, 1 cm halia, 5 bj bwg merah, 3 ulas bwg putih dan 1 biji bwg besar
1. tumis bahan yg dihiris. Kemudian masukkan rempah, yg telah dibancuh dgn air. Kacau lagi sampai naik bau bersama daun kari.
2. Masukkan daging dan masak sampai empuk.
3. masukkan bhn tumis ke dalam periuk nasi yg telah disukat airnya.Masak nasi macam biasa.
4. tips: sedap juga kalau dimkn dgn telur rebus yg digoreng. Nk spesel lagi, perap sekejap telur rebus dgn sedikit bhn hiris sebelum digoreng atau makan dgn dalca





Dalca daging dgn rempah daging alo..


• 200gm kacang dhal - direbus
• 200gm daging lembu - dihiris
• 2 biji terung bulat - dipotong kecil2
• 2 biji lobak merah (karot) - dipotong kecil2
• 2 biji kentang
• 10 batang kacang panjang - dipotong
• 50gm serbuk kari daging + sedikit air
• 4 cawan santan
• Sedikit daun kari
• 1 sudu besar cili boh
• Minyak masak dan garam
• Bahan tumisan:
• 2 sudu besar REMPAH DAGING ALO
• 5 ulas bawang merah - dikisar
• 2 cm halia - dikisar
• 3 ulas bawang putih - dikisar
• 2 biji bawang besar - dikisar
Cara-cara
1. Panaskan minyak masak dalam periuk. Tumiskan cili boh, daun kari bersama dengan REMPAH ALO hingga berbau.
2. Masukkan bahan2 kisar dan kacau hingga sebati.
3. Seterusnya masukkan daging dan perlahankan api. Masak hingga daging lembut.
4. Akhir sekali, masukkan kacang dhal, santan, sayur-sayuran dan garam. Masak hingga mendidih.

Nasi Daging Berempah Rempah Daging Alo


 Boleh guna resipi masing2 tapi yg pasti tukar je rempah yg selalu guna dgn rempah daging Alo semasa
nak masak.